SKMM mahu tahu kalau servis jalur lebar anda teruk melalui kaji selidik ini

31 Jul 2023 • 2:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kini sedang menjalankan soal selidik Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2023 (BQoES 2023). Objektifnya adalah untuk mengetahui tahap kepuasan hati pengguna jalur lebar di Malaysia. Ia dijalankan sehingga 31 Disember 2023 ini dan sesiapa sahaja yang berusia 15 tahun ke atas boleh menyertainya.

Kaji selidik ini adalah sekarela dan sekiranya anda berminat untuk menyertainya, sebanyak 16 halaman pelbagai soalan perlu anda isi.

image is not available

Daripada maklum balas netizen di saluran Facebook SKMM, rata-rata tidak berpuas hati mengapa SKMM perlu mengutip maklumat seperti nombor telefon dan nombor kad pengenalan.

image is not available

Sekiranya anda ingin menyalukan aduan mengenai telco ataupun penyedia perkhidmatan Internet anda, SKMM ada mengemas kini portal mereka dalam bulan Jun 2023 lalu. Portal tersebut boleh menerima aduan seperti:

  • Telekomunikasi
  • Pos & Kurier
  • Kandungan Dalam Talian
  • Penyiaran
  • Lain-lain yang tertakluk di bawah bidang kuasa SKMM

Selain daripada portal Aduan SKMMini, ada 3 lagi saluran alternatif yang boleh anda gunakan untuk melakukan aduan. Emel boleh dihantar ke aduanskmm@mcmc.gov.my ataupun hubungi talian 1-800-18-8030. SKMM juga ada saluran Whatsapp tapi mereka hanya menerima duan berkaitan 3R sahaja. 3R yang dimaksudkan SKMM adalah kandungan berkaitan Race (kaum), Religion (Agama), dan juga Royalty (Institusi Diraja).

SKMM adalah badan yang bertanggungjawab melaksana dan menggalakkan objektif dasar kebangsaan negara untuk sektor komunikasi dan multimedia. Mereka juga menyelia rangka kerja kawal selia baru untuk penumpuan industri telekomunikasi, penyiara, dan aktiviti-aktiviti dalam talian, sejajar dengan objektif yang ditetapkan dasar kebangsaan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bacaan berkaitan