SKMM Memulakan Perbincangan Untuk Membangunkan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI

LocalTechnology
16 Jul 2026 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SKMM Memulakan Perbincangan Untuk Membangunkan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI

Sewaktu Pembentangan Belanjawan Malaysia 2025, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman mengenai pembangunan Rangkaian Sambungan Kabel Dasar Laut Madani ataupun SALAM. Projek kabel ini akan menelan kos bernilai RM2 bilion dan akan melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor ke Kuching dan Sibu di Sarawak; seterusnya ke TuaranKudatPulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah.

Image from: SKMM Memulakan Perbincangan Untuk Membangunkan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan bahawa projek SALAM ini akan merangkumi 10 Stesen Pendaratan Kabel yang dihubungkan melalui empat segmen kabel dasar laut sepanjang 5,582km, jarak yang lebih jauh berbanding 3190km yang diumumkan sebelum ini.

SALAM juga akan menjadi tulang belakang sambungan domestik yang kukuh dan berskala bagi menyokong peluasan perkhidmatan jalur lebar serta rangkaian 5G, disamping membantu pertumbuhan infrastruktur awan, pusat data, teknologi AI serta industri digital baharu.

Sehubungan dengan itu, pihak SKMM juga telah mula mempelawa semua pemegang lesen yang layak menyertai pelaksanaan projek berkenaan dengan mengemukakan Registration of Interest (ROI) berserta Draf Pelan Perkhidmatan Sejagat untuk penilaian, selaras dengan Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Peruntukan Perkhidmatan Sejagat) 2002.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved