SKMM – Menghasilkan Kandungan AI Generatif Tun Mahathir dan Tun Hasmah Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

LocalTechnology
2 Oct 2026 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tun Siti Hasmah baru-baru ini telah meninggal dunia pada umur 100 tahun, dan terdapat banyak video dilihat berkenaan Tun Mahathir Mohamad meratapi pemergian beliau. Di platform-platform media sosial, terdapat juga kandungan imej dan video yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) sebagai tanda berkabung.

Image from: SKMM – Menghasilkan Kandungan AI Generatif  Tun Mahathir dan Tun Hasmah Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini dan mengatakan sebarang kandungan berkenaan Tun Mahathir meratapi pemergian Tun Siti Hasmah boleh dikenakan tindakan undang-undang, dan pihak mereka akan bertindak tegas dalam memastikan kandungan sedemikian diturunkan dan dipadamkan.

Ia turut dilaporkan bahawa salah satu daripada video yang dijana AI generatif ini telah memperlihatkan hampir sejuta tontonan, dan banyak kandungan AI lain berkenaan perkara tersebut juga telah diperlihatkan. AI generatif merupakan sebuah teknologi yang boleh mencipta banyak jenis kandungan yang dikatakan kreatif, tetapi penyalahgunaannya juga sangat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Sumber: BFM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved