SKMM sita peranti komunikasi tidak sah bernilai RM500,000, sebuah syarikat disiasat

LocalTechnology
28 Jul 2025 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

CYBERJAYA, 28 JULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka kertas siasatan terhadap sebuah syarikat yang disyaki menjalankan aktiviti penjualan kelengkapan komunikasi tidak diperakui secara dalam talian.

Tindakan itu susulan operasi bersepadu Op Taring Bravo 3 hasil kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguat kuasa lain.

Dalam serbuan itu, 3,837 unit peralatan komunikasi pelbagai jenis dianggarkan bernilai lebih RM500,000 disita polis dan diserahkan kepada SKMM bagi tujuan analisis teknikal dan siasatan lanjut.

Antara barangan yang dirampas termasuk konsol permainan tanpa wayar, alat kawalan jauh, peranti pintar, tablet serta pelbagai lagi peranti komunikasi yang dipercayai dipasarkan tanpa perakuan teknikal sah daripada pihak berkuasa.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” kata SKMM dalam kenyataan hari ini.

SKMM menegaskan pihaknya komited membanteras penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui bagi menjamin keselamatan pengguna dan melindungi integriti pasaran dari aspek pematuhan teknikal.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penjualan atau pengedaran peranti tidak sah digesa menyalurkan aduan melalui saluran rasmi SKMM atau kepada polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved