SKMM : Terdapat Peningkatan Ketara Kandungan Memudaratkan Di Media Sosial

TechnologyDigital
29 Mar 2024 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi menyatakan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan juga platform OTT (Over The Top). Selari dengannya juga, SKMM menekankan yang mana tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan berbentuk provokatif yang melampau di media sosial.

Untuk tahun 2023 sahaja, sebanyak 35,490 kandungan telah diturunkan disebabkan memudaratkan, termasuk ucapan berbentuk kebencian, penipuan, penjualan haram, perjudian dan juga berita palsi.

Apa yang membimbangkan adalah untuk dua bulan pertama 2024 sahaja, angka kandungan yang diturunkan disebabkan memudaratkan telah mencapai angka 27,115 kandungan.

SKMM turut menekankan yang mana perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, yang boleh membawa kepada denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jikalau disabit kesalahan.