Skrin BSOD Windows 11 Tidak Lagi Berwarna Biru dan Berwajah Baharu

TechnologyDigital
27 Jun 2025 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BSOD (Blue Screen Of Death) ialah skrin yang dipaparkan pada sistem operasi Windows apabila menghadapi masalah teknikal. Bermula Windows 8, rekaan antaramuka paparannya telah diberikan nafas baharu, selain Microsoft turut memberikan lebih maklumat, termasuk integrasi kod QR untuk menyemak masalah teknikal berkaitan dengannya.

image is not available

Pada tahun 2021, warna BSOD diubah semula ke warna biru semula selepas ia ditukar ke warna hitam pada Window 8. Terbaru menerusi kemas kini terkini, skrin BSOD sekali lagi diubah dengan ia kini kembali menggunakan latar belakang hitam. Tiada lagi kod QR atau emoji muka sedih.

Hanya mesej apakah kerosakan yang berlaku dan kod kerosakan dipaparkan pada bahagian bawah skrin untuk memudahkan isu diselesaikan oleh pengguna atau pengendali IT syarikat. Skrin BSOD baharu lebih mirip skrin yang dipaparkan ketika sistem operasi sedang dikemaskini.