Skrip ‘Mat Kilau 2.0’ Sudah Ditulis Oleh Penulis Asal, Janji Lebih Menarik & Gempak

Entertainment
16 Jul 2022 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas 21 hari ditayangkan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencipta fenomena buat industri perfileman negara apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM71 juta.

Bukan itu sahaja, platform penstriman popular dunia, Netflix juga dikatakan berminat untuk membeli filem sejarah ini dengan harga RM7 juta. Hal ini dikongsikan sendiri oleh Syamsul Yusof dalam satu temu bual dalam Zhafvlog.

image is not available

Sudah ada Mat Kilau 2.0?

Baru-baru ini, satu pendedahan oleh Suka Filem ternyata mengejutkan ramai pihak. Difahamkan, penerbit filem ini, Shahruddin Mat Dali yang juga merupakan penulis skrip asal ada membuat pendedahan berkenaan sekuel Mat Kilau.

image is not available

Menurut beliau, sebaik sahaja skrip Mat Kilau selesai ditulis dan diserahkan kepada pengarah pada tahun 2018, dia sudahpun mula menulis skrip untuk sekuel filem ini.

“Sebenarnya, sebaik skrip Mat Kilau selesai ditulis dan diserahkan kepada pengarah filem Mat Kilau pada 2018, skrip sekuel sudah pun dimulakan oleh saya. Kisah yang lebih menarik, lebih gempar dan lebih hebat.”, jelas penulis skrip asal Mat Kilau.

Melihatkan kejayaan Mat Kilau yang berjaya menarik minat penonton ke panggung wayang, ada kemungkinan besar Studio Kembara akan merealisasikan idea sekuel filem Mat Kilau ini. Persoalannya, adakah filem sekuel Mat Kilau akan disambut baik oleh peminat?

Bagaimanapun, masih lagi tiada kata putus daripada Studio Kembara dan Syamsul Yusof berkenaan pembikinan filem sekuel Mat Kilau.

Kredit: Suka Filem

image is not available

Sumber: IMDb Sumber: Kakimuvee

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.