SKS Mart Pandan berwajah baharu penuhi keperluan harian komuniti

4 Oct 2026 • 3:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SKS Mart Pandan berwajah baharu penuhi keperluan harian komuniti

PETALING JAYA  – SKS Mart Pandan telah dibuka kepada orang ramai, menandakan kembalinya destinasi kejiranan yang sudah dikenali masyarakat setempat selepas menjalani pembangunan semula selama tiga tahun.

Berwajah baharu dan berpaksikan keperluan harian komuniti, pusat beli-belah ini menghimpunkan barangan runcit, keperluan rumah, pilihan tempat makan, produk kesihatan dan kecantikan serta perkhidmatan gaya hidup di satu lokasi yang mudah dikunjungi.

Terletak dalam pembangunan bercampur Pandan City di Johor Bahru, SKS Mart Pandan memenuhi keperluan penduduk Pandan dan kawasan kejiranan sekitarnya, termasuk mereka yang bekerja atau melalui kawasan ini.

Pusat beli-belah ini menawarkan ruang niaga untuk disewa seluas kira-kira 83,318 kaki persegi, disokong kemudahan tempat letak kereta yang luas serta akses jalan raya yang mudah.

Pengurus Kompleks SKS Mart Pandan, Clement Chan berkata, lebih 50 penyewa kini melengkapkan pilihan beli-belah dan gaya hidup di SKS Mart Pandan yang mana ia diterajui penyewa utama Hwa Thai Supermart, MR.DIY dan Lepak Corner.

Image from: SKS Mart Pandan berwajah baharu penuhi keperluan harian komuniti

Antara nama lain yang turut hadir ialah Great Zone / Horeca Hub dan Watsons, di samping BIG Pharmacy, Lawa Lawa Spa, Mystique Catz, RC Racing Toys City serta pelbagai lagi.

Menurut beliau, gabungan penyewa ini dipilih dengan mengambil kira keperluan dan rutin harian masyarakat, sama ada untuk membeli barangan dapur, mencari kelengkapan rumah, singgah menjamu selera, mendapatkan keperluan di farmasi, meninjau barangan yang berguna atau sekadar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.

“Hari ini, kami mengalu-alukan kepulangan komuniti ke SKS Mart Pandan. Selepas tiga tahun pembangunan semula, kami gembira dapat membuka semula destinasi kejiranan ini dengan wajah baharu yang menepati keperluan harian masyarakat.

“Kami mahu menawarkan lebih banyak pilihan, kemudahan yang lebih baik dan tempat yang selesa untuk mereka kunjungi selalu,” katanya dalam kenyataan.

Sepanjang tempoh pembukaan, pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi dan tawaran istimewa daripada penyewa yang mengambil bahagian.

Hwa Thai Supermart, salah satu penyewa utama pusat beli-belah ini, turut menawarkan promosi pembukaan serta harga berbaloi bagi pilihan barangan runcit dan keperluan rumah, memberi lebih banyak sebab kepada pengunjung untuk singgah membeli-belah dan menambah bekalan harian.

“Matlamat kami mudah iaitu mahu menjadikan premis ini sebagai  tempat yang memenuhi keperluan, mudah dikunjungi dan mesra pengunjung.

“Kami mahu SKS Mart Pandan menjadi tempat anda singgah  membeli satu barang, kemudian menjamu selera, menemui sesuatu yang menarik dan berasa senang untuk datang lagi. Itulah peranan sebuah pusat beli-belah kejiranan,” jelasnya.

Turut dianjurkan bersempena majlis pembukaan tersebut adalah Fantasia Food Fest yang berlangsung dengan empat hari sajian dan hiburan dengan menghimpunkan lebih 70 peniaga makanan. -KOSMO! ONLINE

 

The post SKS Mart Pandan berwajah baharu penuhi keperluan harian komuniti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved