Skuad Bola Sepak Wanita Sabah Cipta Sejarah, Layak Ke AFC Women’s Champions League

1 Sep 2024 • 2:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kemenangan 2-1 Sabah FA menentang PFC Nasaf

Skuad Bola Sepak Wanita Sabah Cipta Sejarah, Layak Ke AFC Women’s Champions League. Dilaporkan, skuad bola sepak wanita Sabah mencipta sejarah baharu apabila layak ke saingan utama peringkat kelab di Asia iaitu AFC Women’s Champions League (AWCL) musim 2024-2025 buat kali pertama.

Kemenangan 2-1 menentang kelab Uzbekistan, PFC Nasaf sudah cukup untuk memastikan mereka juara kumpulan di peringkat kelayakan selepas mengutip 4 mata dalam dua perlawanan. Sebelum ini, mereka seri tanpa jaringan menentang kelab dari Nepal, APF FC.

image is not available
Skuad Bola Sepak Wanita Sabah Cipta Sejarah, Layak Ke AFC Women’s Champions League. Sumber foto: FB Sabah Football Association Women’s Team

Sabah membuat jaringan pertama

Ketika menentang PFC Nasaf, Sabah terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi rembatan pemain import dari Myanmar, Win Theingi Tun pada minit ke 31.

Tersentak dengan gol itu, PFC asaf cuba bangkit menyusun gerakan dan namun gagal menembusi benteng pertahanan Sabah yang diketuai oleh pemain berpengalaman, Steffi Sarge Kaur.

image is not available
Sumber foto: FB Sabah Football Association Women’s Team

Menghadiahkan sepakan penalti kepada Sabah

Pengadil kemudian menghadiahkan sepakan penalti kepada Sabah yang berjaya disudahkan oleh Win Theingi Tun untuk gol kedua pada minit ke 44.

Masuk separuh masa kedua pula, PFC Nasaf bangkit mengandakan asakan dan melancarkan beberapa serangan berbahaya namun ia pantas dinafikan oleh penjaga gol wanita nombor satu negara, Nurul Azurin Mazlan.

PFC Nasaf akhirnya berjaya menjaringkan satu gol menerusi tandukan Alvine Emma hasil sepakan sudut pada minit ke 83. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan tiket ke AWCL menjadi milik Sabah.

image is not available
Sumber foto: FB Sabah Football Association Women’s Team

Selain Steffi Kaur dan Nurul Azurin, Sabah turut diperkuatkan oleh penyerang kebangsaan, Intan Sarah serta dua pemain import dari Jepun iaitu Eri Narita dan Misaki Nakayama

Untuk saingan AWCL, Sabah diletakkan dalam kumpulan A bersama Wuhan Jiangda (China), Incheon Red Angels dari Korea serta Al Nassr (Arab Saudi) atau Abu Dhabi (UAE).

Lagi artikel menarik untuk anda di sini: