Skuad boling lelaki negara raih gangsa, gagal pertahan kejuaraan Piala Dunia

21 Oct 2026 • 10:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Skuad boling lelaki negara raih gangsa, gagal pertahan kejuaraan Piala Dunia

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Skuad boling lelaki negara gagal mempertahankan gelaran pada Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Munich, Jerman, selepas tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir, hari ini.

Kuartet negara yang terdiri daripada bekas juara dunia Muhammad Rafiq Ismail, Timmy Tan, Tun Hakim Tun Hasnul Azam dan Ahmad Muaz Mohd Fishol tewas 2-3 kepada Australia pada aksi separuh akhir di Max Munich Bowling, Brunnthal, sekali gus terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Malaysia memulakan saingan dengan cemerlang apabila menang 224-192 dalam perlawanan pembukaan, namun kalah 175-206 pada saingan kedua.

Mereka kemudian mendahului menerusi kemenangan 217-164 pada perlawanan ketiga sebelum Australia menyamakan kedudukan dengan memenangi aksi keempat 195-168.

Australia kemudian mengesahkan tempat ke final menerusi kemenangan 275-194 dalam perlawanan penentuan.

Keputusan hari ini menyaksikan Malaysia berkongsi pingat gangsa dengan Amerika Syarikat yang tersingkir selepas tewas 1-3 menentang Perancis dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, pasukan wanita negara turut terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas kalah 2-3 kepada Singapura pada perlawanan separuh akhir yang sengit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved