Skuad boling wanita akhiri kejohanan dunia di Kuwait dengan pingat perak

16 Oct 2023 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Skuad boling negara mengakhiri kempen mereka di Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita di Kuwait Bowling Sporting Club, malam tadi.

Kuintet negara terdiri daripada Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas tewas 1-2 dengan Korea Selatan di final.

Skuad Malaysia tewas 177-211, 207-169, 203-214 kepada Korea Selatan.

Pasukan boling negara mara ke final selepas menumpaskan Singapura 2-1 sementara Korea Selatan mengalahkan China 2-0.

Bagaimanapun, Juara Individu Wanita yang baru dimahkotakan Natasha Roslan direhatkan sepanjang acara berpasukan kerana kecederaan ibu jari tangan.

Sementara itu, skuad lelaki negara terdiri daripada Muhammad Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Mohd Syazirol Shamsudin dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam terlepas peluang ke separuh akhir selepas hanya berjaya menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan dalam pusingan kedua.

Isnin lepas, Natasha mengakhiri kemarau 12 tahun negara untuk juara individu wanita di Kejohanan Dunia selepas menewaskan rakan sepasukan Li Jane 2-1.

Khamis lepas, gandingan Syafiq Ridhwan-Ahmad Muaz meraih gangsa dalam acara beregu lelaki.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved