
Skuad Hoki 5s Malaysia Dapat Insentif RM80,000 Dari KBS
Skuad Hoki 5s Malaysia menerima insentif berjumlah RM80,000 ekoran pencapaian yang cemerlang dalam Piala Dunia Hoki 5s baru-baru ini.
Pemberian insentif itu telah disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Faizal Bazari pada Jumaat.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Muscat, Oman itu, skuad kebangsaan muncul naib juara selepas tewas 2-5 kepada pasukan gergasi, Belanda.
Berita lanjut bakal menyusul
Sumber: Stadium Astro
The post Skuad Hoki 5s Malaysia Dapat Insentif RM80,000 Dari KBS appeared first on Siakap Keli.


