Skuad Hoki Lelaki Senior & Junior Kebangsaan Dibubarkan

31 Jan 2024 • 3:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Disebabkan gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengumumkan bahawa skuad hoki lelaki senior & junior kebangsaan dibubarkan.

Diumum oleh presiden KHM

Memetik laporan dari Berita Harian, Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal memaklumkan yang skuad kebangsaan akan berwajah baharu selepas tamatnya saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.

Susulan daripada keputusan tersebut, semua kontrak jurulatih juga ditamatkan.

“Saya nak maklumkan selepas berbincang dengan Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan dan Jawatankuasa Kejurulatihan, kita memang sudah bubarkan pasukan senior lelaki dan remaja lelaki.

“Maksudnya semua pemain kembali beraksi dengan kelab mereka dalam saingan liga yang akan bermula tidak lama lagi.

“Jadi, tiada pasukan kebangsaan buat masa sekarang ini. Kita akan bina semula pasukan baharu selepas tamat saingan liga nanti,” katanya.

Skuad hoki lelaki kebangsaan dibubarkan, jurulatih ditamatkan kontrak

Terdahulu, skuad kebangsaan yang dikenali sebagai Speedy Tiger gagal menempatkan diri dalam Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung pada tahun ini.

Ia sekaligus meranapkan impian untuk memperolehi pingat emas untuk Sukan Asia Hangzhou memandangkan hanya berhasil berada di kedudukan keenam.

image is not available

Skuad hoki lelaki kebangsaan dibubarkan, gagal ke Olimpik Paris

Dalam pada itu, Malaysia juga hanya berpuas hati ditempat kelima dalam pusingan kelayakan di Muscat, Oman sekali gus gagal menempah tiket ke Olimpik Paris.

Skuad remaja lelaki juga sekadar di kedudukan ke-12 sahaja sewaktu beraksi di saingan Piala Dunia di Kuala Lumpur bulan lalu.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)