Skuad MLBB Negara Sah Layak ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

GamingSports
23 Jun 2026 • 10:07 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Skuad MLBB Negara Sah Layak ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia melakar kejayaan membanggakan apabila mengesahkan tiket ke acara utama Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Kejayaan itu diraih selepas skuad negara mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan kelayakan Asia Tenggara yang berlangsung minggu lepas. Menurut kenyataan rasmi, Malaysia berjaya menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik rantau ini hasil kemenangan penting ke atas beberapa pasukan pilihan termasuk Laos, Indonesia, dan Singapura.

Barisan Pemain Kebangsaan Skuad negara yang bakal menggalas tanggungjawab di pentas temasya sukan terbesar Asia itu terdiri daripada:

  • Muhammad Razif Sazali

  • Muhammad Nazhan Mohd Nor

  • Ammar Asyraf Abd Rahman

  • Ealtond Rayner

  • Muhammad Aqif Haiqal Azman

  • Mohammad Zul Hisham Mohd Noor

  • Wakil Rantau ke Aichi-Nagoya Selain Malaysia, empat lagi pasukan dari Asia Tenggara yang turut melayakkan diri ke acara utama adalah Filipina, Kemboja, Indonesia, dan Myanmar.

    Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 itu juga akan menyaksikan penyertaan wakil dari zon lain yang turut melepasi peringkat kelayakan masing-masing:

    • Zon Asia Barat: Arab Saudi, Jordan, dan Iran.

    • Zon Asia Tengah: Kazakhstan dan Uzbekistan.

    • Zon Asia Selatan dan Timur: Mongolia, Hong Kong, dan China.

    Kejayaan ini sekali gus membuktikan kemampuan pasukan e-sukan negara untuk bersaing di peringkat tertinggi antarabangsa dalam misi memburu pingat pada Sukan Asia akan datang.

    (Sumber: BERNAMA)

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved