
Kota Kinabalu: Pasukan ragbi wanita Sabah hampir memenangi gelaran terbuka pada Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan yang berlangsung di Ipoh baru-baru ini.
Mereka hanya ditewaskan di final oleh Selangor 17-22 selepas masa tambahan menerusi ‘golden try’ selepas kedua-dua pasukan terikat 17-17 pada masa penuh.
Pasukan itu sebelum itu bangkit dari ketinggalan untuk menyamakan kedudukan menerusi ‘conversion’ yang disempurnakan oleh Divine Juvinol susulan ‘try’ yang dilakukan oleh Euphrasia Anne Cralis.
Walaupun tewas, jurulatih Brad Mika bangga dengan prestasi keseluruhan pasukan wanita itu.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Saya berasa bangga dengan persembahan pemain wanita kami. Sebagai jurulatih itu sahaja yang saya minta. Mereka memberikan segalanya pada perlawanan akhir tetapi malangnya kami tidak dapat memenangi perlawanan itu.
“Mereka adalah kumpulan pemain yang sangat istimewa dan kami mendoakan yang terbaik untuk mereka pada masa depan. Selepas ini, kami kena buat semula,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada pasukan itu.
Sementara itu, pasukan lelaki negeri menamatkan saingan di tempat kesembilan dalam kalangan 15 pasukan yang bertanding dalam kategori terbuka selepas menewaskan PDRM 33-7 dalam play-off, manakala pasukan wanita menduduki tempat ketujuh daripada 11 pasukan dalam kategori bawah 20 tahun.
Presiden Kesatuan Ragbi Sabah, Velayuthan Tan mempunyai reaksi yang berbeza dengan keputusan yang dicapai oleh pasukan tersebut.
“Perasaan bercampur baur kerana walaupun kami gagal dalam acara terbuka wanita, kami berjaya mencapai sasaran kami untuk mara ke final.
“Pasukan lelaki kami sebaliknya boleh melakukan yang lebih baik tetapi mereka dihukum oleh kesilapan mereka sendiri, manakala bagi perempuan bawah 20 tahun, pertandingan itu lebih kepada satu pendedahan buat mereka.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Sabah dan pihak lain atas sokongan mereka dalam pembiayaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

