Skyline Luge Kuala Lumpur Menyambut 2 Tahun Keseronokan Tunggangan Daya Graviti

8 Dec 2025 • 4:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Skyline Luge Kuala Lumpur Menyambut 2 Tahun Keseronokan Tunggangan Daya Graviti

Pada Disember ini, Skyline Luge Kuala Lumpur akan meraikan ulang tahun ke-2 di Malaysia, menandakan dua tahun penuh tunggangan mengujakan, pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dan aktiviti komuniti yang menyeronokkan.

Sejak dibuka pada tahun 2023, Skyline Luge Kuala Lumpur telah menerima kehadiran pengunjung daripada pelbagai peringkat umur dari seluruh dunia untuk merasai kembali pengalaman yang penuh pengembaraan. Kini, keterujaan tersebut diteruskan dengan kemunculan Skyline Hyfly serba baharu.

Sempena detik istimewa ini, Skyline Luge Kuala Lumpur memperkenalkan beberapa aktiviti dan promosi di lokasi, untuk dinikmati para pengunjung sepanjang musim cuti sekolah yang bakal tiba.

Hiburan Secara Langsung & Suasana Meriah

Sepanjang bulan ulang tahun pada Disember 2025, nikmati persembahan busker secara langsung pada setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 5 petang hingga 9 malam. Terdapat juga zon bergambar, kawasan bercahaya LED, serta dekorasi istimewa di seluruh taman bagi merakam kenangan indah.

Trivia Interaktif & Cabaran Pusing Roda

Diadakan setiap hari sepanjang waktu operasi taman, pengunjung berpeluang menguji pengetahuan mereka mengenai jenama ini melalui trivia ringkas. Jawapan yang tepat memberi peluang kepada pengunjung untuk memutar roda dan memenangi tunggangan Luge percuma, barangan eksklusif, atau baucar aiskrim.

Kemeriahan Bazar Makanan & Minuman

Pada hari tertentu sepanjang Disember, nikmati pelbagai pilihan vendor makanan dan minuman tempatan terpilih di kawasan taman, yang menawarkan aneka pilihan lazat untuk mengisi tenaga sambil menyemarakkan suasana sambutan.

Satu Skup Tidak Cukup

Nikmati satu skup aiskrim Tip Top tambahan dengan hanya RM2 di Luge View Café!

image is not available

Kombo Skyline Hyfly & Luge Ulang Tahun ke-2

Rasai debaran terbaharu di Skyline Luge Kuala Lumpur, Skyline Hyfly, pada harga hanya RM20, apabila membeli Kombo Ulang Tahun ke-2.

*Semua promosi dan aktiviti di atas tertakluk kepada Terma & Syarat.

Skyline Luge Kuala Lumpur menjemput semua untuk menyertai sambutan ini dan menjadi sebahagian daripada keseronokan serta debaran yang telah menjadikan dua tahun ini begitu bermakna.

Ketahui lebih lanjut mengenai sambutan ulang tahun ke-2 Skyline Luge Kuala Lumpur dan promosi eksklusif di sini.

Untuk tempahan dan pertanyaan umum, sila layari laman web atau ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini, pemberian hadiah, serta promosi.

#2YearsAnniversary #SkylineLugeKualaLumpur

The post Skyline Luge Kuala Lumpur Menyambut 2 Tahun Keseronokan Tunggangan Daya Graviti appeared first on Siakap Keli.