Skype Menambah Sokongan AI Untuk Menambah-Baik Penulisan Mesej Anda Ketika Berbual

TechnologyDigital
9 Sep 2023 • 6:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Skype merupakan salah satu perkhidmatan permesejan dan komunikasi yang beroperasi dibawah Microsoft. Terbaru, Microsoft mengumumkan kemaskini kepada Skype, yang turut mengintegrasikan sokongan Bing AI bersama-sama dengannya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menulis sesuatu mesej mengikut tona penulisan berbeza dengan bantuan kecerdasan buatan.

image is not available

Microsoft menyatakan, pengguna akan diberikan dengan kaedah penulisan lebih baik apabila anda mula menaip – dan turut boleh memilih tona seperti profesional, untuk media sosial, dan sebagainya/

Buat masa ini, ciri ini ditawarkan untuk pengguna Skype Insider terlebih dahulu. Bagi anda berminat, boleh memuat-turun versi Skype Insider yang tersedia untuk Windows, macOS, Linux, iOS dan Android.