SkyWorld diiktiraf 10 Pemaju Hartanah Terbaik Asia 2024

Business & Finance
20 Aug 2024 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Chee Seng (tengah) menerima Anugerah BCI Asia 2024 daripada Pengurus Jualan Kanan Jotun, Ronnie Leong (kiri) dan Pengarah Acara Serantau, BCI Central, Sally Kheng (kanan).

image is not available
Kumpulan Skyworld bergambar selepas menerima Anugerah 10 Pemaju Hartanah Terbaik Asia 2024.

PEMAJU hartanah, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) merangkul Anugerah 10 Pemaju Hartanah Terbaik yang berprestij di Anugerah Bangunan dan Pembinaan (BCI) Asia 2024.

SkyWorld dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan itu merupakan kali kelima diterima sejak permulaan projek pertama pada 2014.

Menurut kenyataan itu, anugerah tersebut secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam sektor pembangunan hartanah Malaysia.

“Pengiktirafan konsisten SkyWorld dalam Anugerah Asia BCI mencerminkan fokus strategiknya pada pembangunan mampan, inovasi dan projek berpaksikan komuniti.

“Syarikat akan terus menolak sempadan pembangunan hartanah, menyumbang secara positif kepada landskap bandar Malaysia,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skyworld, Lee Chee Seng berkata, pihak syarikat berasa rendah diri kerana menerima pengiktirafan itu bersama antara pemaju terkemuka di Malaysia.

Jelas beliau, ia menunjukkan komitmen SkyWorld untuk mencipta pembangunan yang mampan dan berkualiti tinggi.

“Menerima Anugerah Pemaju 10 Terbaik Asia BCI 2024 adalah satu penghormatan mencerminkan dedikasi pasukan kami untuk menyampaikan penyelesaian perumahan yang inovatif dan mesra alam.

“Kami akan terus memastikan projek syarikat ini memenuhi standard tertinggi dan melebihi jangkaan," ujar beliau.