Sleep apnea: Bila nafas terhenti ketika tidur

Health & Fitness
22 Jun 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Sleep apnea: Bila nafas terhenti ketika tidur
Gambar: Public Health M'sia

Satu perkongsian di Threads tentang sleep apnea sedang menarik perhatian ramai.

Yang buat ramai tersentak bukan sekadar bunyi dengkur.

Tapi bila kita nampak sendiri bagaimana seseorang boleh berhenti bernafas berkali-kali ketika tidur.

Selama ini ramai anggap berdengkur itu perkara biasa.

“Penat kot.”

“Tidur lena kot.”

“Memang dia macam tu.”

Hakikatnya, dengkur kuat yang disertai nafas terhenti, tersedak, tercungap waktu tidur, bangun dengan rasa letih, sakit kepala pagi, mudah mengantuk siang hari atau tertidur semasa memandu bukan sesuatu yang patut dinormalisasikan.

Sleep apnea bukan sekadar masalah tidur.

Ia boleh ganggu oksigen, kualiti tidur, fokus, emosi, tekanan darah dan keselamatan harian.

Yang paling menyedihkan, kadang-kadang orang sekeliling sudah lama nampak tanda itu.

Pasangan dengar setiap malam.

Anak nampak ayah tertidur depan TV.

Kawan nampak kita mudah mengantuk.

Tapi kita sendiri rasa “aku cuma penat.”

Kalau ada orang pernah tegur anda berdengkur kuat atau nampak anda berhenti bernafas ketika tidur, jangan malu untuk dapatkan pemeriksaan.

CPAP bukan tanda lemah.

Kadang-kadang ia adalah alat yang bantu seseorang tidur semula dengan lebih selamat, lebih berkualiti dan bangun sebagai manusia yang lebih hidup.

Jangan tunggu sampai badan “shutdown” baru mahu ambil serius.

Berdengkur itu mungkin bunyi biasa.

Tapi nafas yang berhenti waktu tidur bukan perkara biasa.

#PublicHealthMalaysia

#SleepApnea

#CPAP

Fakta ringkas: sleep apnea menyebabkan pernafasan terhenti atau terganggu berulang kali semasa tidur, dan gejalanya boleh termasuk dengkur kuat, tersedak atau tercungap, mengantuk siang hari serta tidur tidak berkualiti. CPAP/PAP pula antara rawatan lazim yang membantu mengekalkan saluran pernafasan terbuka semasa tidur.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved