SM Entertainment Buka Sesi Ujibakat Global Tubuh Kumpulan K-Pop Baharu

Music
5 Jun 2024 • 11:09 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SM Entertainment Buka Sesi Ujibakat Global Tubuh Kumpulan K-Pop Baharu

SM Entertainment, agensi disebalik beberapa kumpulan k-pop paling berjaya seperti NCT dan Aespa bakal menganjurkan uji bakat global untuk menubuhkan kumpulan k-pop wanita baharunya.

Menurut Mothership.sg, sesi ujibakat global berkenaan terbuka kepada semua wanita yang lahir antara 2005 hingga 2011 di seluruh dunia.

Difahamkan, permohonan untuk menyertai sesi ujibakat berkenaan sudah pun dibuka dan akan ditutup pada 22 Jun ini. Manakala mereka yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengisi Google Form yang disediakan agensi tersebut.

Bersama permohonan berkenaan, mereka perlu memuat naik video pengenalan diri, nyanyian serta tarian berdasarkan senarai lagu yang disediakan.

SM Entertainment buka ujibakat global, nak tubuh kumpulan k-pop baharu

Manakala peserta yang berjaya melepasi pusingan pertama uji bakat akan menerima notifikasi daripada SM Entertainment bermula dari 5 hingga 30 Jun ini.

Kemudian agensi ini akan memaklumkan jadual dan lokasi ujibakat tertentu kepada peserta yang terpilih secara individu.

Sekiranya calon lulus dalam semua pusingan uji bakat, mereka berpeluang untuk melakukan debut dalam kumpulan gadis baharu di bawah syarikat SM Entertainment itu nanti.

image is not available
Kredit: smaudition_official

Syarikat Big Hit turut mengadakan uji bakal global pada bulan lepas

Terdahulu, label muzik yang menubuhkan kumpulan K-pop BTS, Big Hit Music turut mengumumkan agensi mereka mengadakan uji bakat global untuk sebuah kumpulan lelaki baharu.

Menurut portal allkpop, sesi uji bakat dilakukan secara offline dan online dimana kedua-duanya berjalan serentak. Untuk menyertai sesi uji bakat berkenaan, calon boleh memohon secara dalam talian bermula dari 2 Mei lepas sehingga 31 Ogos.

Manakala, uji bakat yang terbuka kepada peserta dan pelawat dijalankan dari 1 Jun hingga 31 Ogos di 17 lokasi di seluruh dunia.

Antara lokasi tersebut termasuklah Hawaii, Vancouver, Sydney, Auckland, Bangkok, Tokyo dan Seoul.