Smart #1 Brabus diperlihat di Malaysia tanpa pembalut, maklumat penting masih tandus

Cars
5 Oct 2023 • 2:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Smart #1 adalah EV terbaharu yang bakal masuki Malaysia. Masalahnya, cerita ini mereka dah gebang sejak Julai 2023 lagi. Seperti biasa, strategi mereka adalah lepaskan info sedikit demi sedikit untuk kekalkan momentum.

image is not available

Ogos 2023 dulu mereka buka sesi tempahan dengan deposit RM1,000. Hargapun bukannya ada lagi. Tapi katanya dalam julat RM200,000 hingga RM250,000. Mujurlah deposit boleh dipulang semula tak macam jenama satu lagi.

image is not available

Berbalik kepada Smart #1, kita tahu yang akan ada tiga varian masuki Malaysia dan yang tertinggi adalah Brabus. Cumanya, rekaannya masih disembunyikan. Jadi pada 5 Oktober 2023 adalah hari Smart #1 Brabus secara rasminya dipamerkan di Malaysia tanpa sebarang balutan.

image is not available

Makanya Smart #1 Brabus yang anda tengok inillah kemasan yang akan dijual di Malaysia.

Smart #1 Brabus, dengar nama pun dah tahu. Ini adalah varian paling atas dan pastinya berprestasi paling tinggi. Perbezaan di luar yang boleh anda nampak adalah bahagian hud depan ada komponen seperti airscoop. rodanya dengan rekaan rim berbeza dan saiz tayar 19", kaliper brek juga berwarna merah tapi bukan brembo. Brabus juga ada spoler berwarna merah.

image is not available

image is not available

image is not available

Mungkin macam tak berguna sangat, tapi Smart #1 Brabus ada fungsi lightshow kalau anda nak tayang kereta baru anda depan kawan-kawan. Malahan, anda juga boleh pasang bunyi enjin petrol palsu di dalam kabin kalau pemanduan anda terlalu senyap.

Di bahagian dalam, ada banyak logo-logo Brabus kelihatan di bahagian kabin. Contohnya, di bahagian sandar kepala. Jahitan menggunaan benang merah dan lampu dalaman merah juga adalah unik kepada Brabus.

image is not available

image is not available

image is not available

Daripada segi prestasi, varian Brabus dipacu dua motor elektrik yang berikan output berjumlah 315kW (422hp) dan 542Nm tork. Ia pecut daripada 0 kepada 100km/j dalam masa 3.9 saat sahaja.

Sebagai perbandingan, dua lagi varian lebih rendah iaitu Pro dan Premium ada motor 200kW (268hp) dengan 343Nm tork. Prestasi tinggi berbekalkan kapasiti bateri yang sama macam varian lebih bawah bermakna jarak kembaranya adalah lebih pendek.

image is not available

Apabila perlu dicas, Smart #1 Brabus menyokong input DC pada paras 150kW manakala 22kW bila pengecas AC digunakan. Ia spesifikasi sama pada Smart #1 Premium. Varian Pro pula menyokong 150kW DC tapi untuk AC, ia cuma mampu terima 7.2kW sahaja.

image is not available

Smart #1 Brabus ada jarak kembara 400km sedangkan variasi Premium sehingga 440km. Varian yang lebih rendah daripada Premium ialah Pro yang ada jarak kembara 315km kerana kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding varian Pro. Sebagai kesimpulan, Smart #1 Premium ada satu motor dan jarak kembara 315kmm. Smart #1 Premium ada satu motor bateri lebih besar dengan jarak kembara 440km. Smart #1 Pro, ada dua motor, lebih pantas, bateri sama macam Pro, jarak kembara turun 400km.

Dengan ini, lengkaplah sudah tiga varian Smart #1 yang akan masuki Malaysia. Yang tinggal sekarang adalah maklumat harga dan bilakah ia akan dijual.

Bacaan berkaitan