Asus sedia memperkenalkan Asus ROG Ally dan menawarkannya di Malaysia sejak bulan Jun 2023 pada harga RM3299. Menariknya, kini Asus menambah satu lagi variasi ROG Ally dibawah penawaran mereka, iaitu ROG Ally Z1.

Membezakannya adalah ia hadir dengan cip pemprosesan berkuasa sedikit rendah, iaitu AMD Ryzen Z1 berbanding model yang telah ditawarkan sebelum ini yang hadir dengan cip AMD Ryzen Z1 Extreme.
Penawaran lain selain cip adalah sama, termasuk skrin 7-inci 1080p 120Hz, memori 16GB LPDDR5 dan juga storan 512GB. Dengan perubahan pada cip, Asus mengurangkan sedikit harga jualannya berbanding model asal.

Mengikut penyenaraian di laman web rasmi Asus Malaysia, ROG Ally Z1 ini disenaraikan pada harga RM2799 di Malaysia.
Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan model dengan cip berkuasa sedikit rendah ini, atau kekal mendapatkan model asal ROG Ally dengan cip AMD Ryzen Z1 Extreme?
