Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 Akan Mengetengahkan Malaysia Sebagai Hab Inovasi Bandar Pintar

TechnologyDigital
4 Jun 2025 • 4:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebelakangan ini, banyak yang telah diperkatakan tentang pembangunan bandar-bandar pintar di sekitar Malaysia, dan dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pembangunan Kota Madani dengan integrasi teknologi AI dan lain-lain, ini adalah peluang terbaik untuk Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini untuk memperlihatkan kebolehan kita dalam mengintegrasi teknologi moden dalam pembangunan bandar.

image is not available

Hari ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo telah merasmikan kira detik 100 hari ke pelancaran acara Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25). Ia akan diadakan pada 17 ke 19 September 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan akan dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation dan juga Digital Nasional Berhad, syarikat disebalik pembangunan rangkaian 5G Malaysia.

image is not available

Acara Smart City Expo World Congress cukup dikenali di kalangan profesional dalam industri perancangan dan pembangunan bandar, dan telah dimulakan oleh Fira de Barcelona pada tahun 2011, dan telah dikembangkan ke bandar-bandar lain seperti Santiago del Estero di Argentina, Riyadh di Arab Saudi, Shanghai di China dan kini, untuk pertama kali di Asia Tenggara, Kuala Lumpur, Malaysia.

image is not available

Acara tersebut akan hadir dengan tema “AI Cities: Shaping Our Digital Future“, dan dilihat bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau untuk inovasi bandar pintar, kolaborasi antara pihak kerajaan dan syarikat swasta dan juga pembangunan teknologi digital yang lebih inklusif.

image is not available

SCEKL25 dijangka akan dihadiri oleh lebih 10 ribu peserta, termasuklah 300 buah syarikat, 2000 wakil syarikat, industri dan kerajaan dan lebih dari 100 orang penceramah dari 20 buah negara yang akan bercakap tentang amalan terbaik terkini dalam proses perancangan dan pembangunan bandar baru.

Dalam pada itu, acara ini juga akan ditaja oleh jenama-jenama teknologi global terkemuka seperti Dell,
Intel, Ericsson, Huawei, Malaysia Smart Cities Alliance (MSCA), Smart Cities Network, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), dan Malaysia PropTech Association.