Smartfix utamakan kepercayaan pelanggan

LocalBusiness & Finance
3 Aug 2026 • 10:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Smartfix utamakan kepercayaan pelanggan

PETALING JAYA – Industri te­lekomunikasi menawarkan satu ekosistem yang meluas dan terbuka kepada mana-mana individu bergelar usahawan untuk merebut peluang perniagaan berharga.

Bertitik tolak daripada minat yang mendalam dalam bidang telefon pintar dan teknologinya, usahawan muda yang berasal dari Segamat, Johor, Muhammad Zulfadhli Taha, 36, kini berjaya membina empayarnya sendiri dengan memperkasa tenaga muda dalam bidang tersebut.

Pengasas Smartfix Pro Centre (Smartfix) yang suka berdepan dengan masalah dalam bidang teknikal dan mencari penyelesaiannya, membolehkan beliau semakin matang mengoperasikan fasa awal perniagaannya yang lebih cenderung mahu membantu pelanggan yang mencari te­lefon murah dan boleh dipercayai sekiranya berlaku sebarang masalah selepas pembe­lian.

Beliau yang memiliki pengalaman hampir 19 tahun khususnya dalam bidang telefon pintar, nekad untuk membantu masyarakat bukan sahaja sekadar menjual telefon tetapi juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang memberi ke­puasan kepada pelanggan.

Image from: Smartfix utamakan kepercayaan pelanggan

Tiada pelanggan yang akan dibiarkan begitu sahaja selepas membeli telefon di outletnya tetapi mahu membantu mereka jika ada sebarang masalah yang timbul selepas itu.

“Kami mahu menjaga pelanggan dan disebabkan itu, Smartfix tidak dibina hanya dengan modal atau teknologi tetapi kami dibina atas kepercayaan pelanggan.

“Apabila bisnes kita masih kecil dan belum mempunyai nama, pelanggan akan tertanya-tanya sama ada servis kita berkualiti, sama ada kita boleh dipercayai dan sama ada kita akan bertanggungjawab selepas jualan.

“Ada kalanya, saya sanggup mengambil masa sehingga dua jam untuk membantu pelanggan memindahkan data walaupun ada orang menganggap kerja itu kecil dan remeh tetapi daripada perkara-perkara kecil ini, kepercayaan pelanggan mula dibina,” katanya dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Untuk mencapai ke peringkat membina kepercayaan yang tinggi daripada pelanggan, Muhammad ZulFadhli yang pernah menjual nasi lemak untuk mencari modal bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dalam bidang itu berkata, itu bukan satu usaha yang berlaku dalam tempoh sehari dua.

Image from: Smartfix utamakan kepercayaan pelanggan

Pada peringkat awal, dirinya yang ketika itu masih belajar di pusat pengajian tinggi, mencari rezeki untuk pembiayaan pelajaran sara hidup, menawarkan ­khidmat transaksi secara bayaran tunai sebaik menerima barangan (COD) untuk pen­jualan telefon dan membantu pelanggan memindahkan data dan menyelesaikan masalah telefon mereka.

Bermula di situ, usahawan yang memiliki Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Insurans) UiTM Melaka itu terus memulakan langkah lebih serius untuk mengemudikan Smartfix sehingga ke hari ini.

Muhammad Zulfadhli me­nerangkan, Smartfix mempunyai sekitar 14 cawangan dan satu akademi yang mana sasarannya sehingga akhir tahun,menambah hingga 20 outlet di yang mana rangkaian baharunya itu tertumpu di bahagian Utara.

Pihaknya menyasarkan untuk memiliki sehingga 50 cawangan menjelang tahun 2029, di sam­ping memperluaskan operasi ke lebih banyak negeri dan membina Smartfix sebagai jenama nasional.

Image from: Smartfix utamakan kepercayaan pelanggan Image from: Smartfix utamakan kepercayaan pelanggan

“Dahulu perkembangan syarikat banyak bergantung kepada saya secara peribadi tetapi sekarang kami sedang membina sistem supaya pertumbuhan boleh digerakkan oleh sepasukan.

“Bagaimanapun, kami tidak mahu membuka cawangan hanya untuk mengejar angka, jadi setiap lokasi perlu melalui kajian pasaran, kemampuan modal, kekuatan pasukan dan potensi pelanggan,” ujarnya.
Bapa kepada dua orang anak ini memaklumkan, syarikat sedang membangunkan

Smartfix Academy sebagai pusat latihan rasmi untuk barisan hadapan, segmen juruteknik dan bakal pengurus cawangan.

Ia juga mahu memperkukuhkan beberapa bahagian perniagaan seperti Smartfix Certified Device yang terdiri daripada aspek jualan dan baikpulih te­lefon, ‘trade in’ telefon terpakai, penjualan aksesori serta alat ganti telefon selain bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, syarikat korporat serta transformasi kearah pendigitalan dalam operasi selain penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Mengulas mengenai persaingan yang di hadapi dalam industri yang sengit itu, beliau memaklumkan, ia bukan isu berkaitan bangsa atau negara tetapi persaingannya lebih kepada pemain besar yang memiliki modal, skala pembelian dan rangkaian bekalan yang lebih kuat.

“Kalau kita hanya mahu berlawan dari segi harga, memang sukar kerana akan sentiasa ada pihak yang mampu menjual lebih murah.

“Jadi inisiatif Smartfix adalah untuk menjadikan kami tidak mahu bersaing pada harga semata-mata tetapi mahu ber­saing melalui kepercayaan pelanggan, jaminan dan servis selepas jualan, kepakaran juruteknik, produk yang diperiksa dan diperakui, seterus menjaga pengalaman dengan lebih baik serta mengeratkan hubungan jangka panjang dengan komuniti setempat,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

The post Smartfix utamakan kepercayaan pelanggan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved