Personaliti media sosial dan usahawan, Abiejam tampil menjelaskan kontroversi mengenai tawaran wang hantaran sebanyak RM1 juta kepada mana-mana wanita yang sudi menjadi isterinya.
Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 36, berkata tawaran hantaran RM1 juta itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan atau mempamerkan kemewahan.
AdvertisementSebaliknya, jumlah tersebut dianggap sebagai simbol kesungguhan dan tanggungjawabnya dalam membina sebuah rumah tangga.
“Nilai hantaran itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya simbol kesungguhan dan tanggungjawab. Ramai menilai kemampuan seorang lelaki hanya berdasarkan fizikal atau pandangan luaran.
“Soal hantaran hanyalah simbol. Yang lebih penting ialah keikhlasan, kesetiaan serta bagaimana seorang suami menjaga maruah dan kebahagiaan isterinya.
“Jadi, wang hantaran RM1 juta itu bukan soal angka, sebaliknya mesej bahawa saya serius terhadap institusi perkahwinan,” katanya.
Abiejam Cari Wanita Ikhlas Terima Kekurangannya Sebagai OKU
Dalam pada itu, Abiejam menegaskan bahawa harta bukanlah ukuran utama dalam mencari pasangan hidup. Sebaliknya, dia mengharapkan seorang wanita yang ikhlas, penyayang, memahami dan mampu menerima kekurangannya sebagai seorang orang kurang upaya (OKU).
“Saya mungkin tak mampu berjalan, tetapi mampu mencintai, menghargai dan membahagiakan wanita yang Allah takdirkan untuk saya. Ciri-ciri wanita pilihan saya mudah sahaja, baik hati, penyayang, ikhlas, memahami dan menerima keadaan saya sebagai seorang OKU,” ujarnya.

Tawaran Hantaran RM1 Juta Sekadar Gurauan
Mengulas mengenai kecaman netizen, Abiejam berkata dia tidak berkecil hati dengan pelbagai reaksi yang diterima selepas kenyataannya mengenai wang hantaran RM1 juta itu tular di media sosial.
@abiejam Replying to @Nf.wadina @FRESH FROM LADANG
Bagaimanapun, dia mengakui tidak menyangka ramai yang mengambil serius kenyataan tersebut kerana ia sebenarnya dibuat secara berseloroh.
Menurut Abiejam, gurauan berkenaan turut dibuat sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan perniagaan emas miliknya.
“Cuma saya pelik mengapa ramai suka bertanya soalan yang sensitif dan membuat pelbagai andaian. Kalau ada yang terasa atau salah faham, saya minta maaf dari hati.
“Tak sangka pula ramai yang ambil serius apabila bab berkahwin ini, sedangkan itu sekadar gurauan untuk memperkenalkan perniagaan emas saya,” kongsinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dakwa Dilayan Dengan 'Hina' Oleh Anggota Rela Gara-Gara OKU , Abiejam Dikecam Netizen - "Akak Tu Cuma Buat Kerja"
The post “Saya Mungkin Tak Mampu Berjalan, Tetapi Mampu Mencintai…” – Abiejam Jelaskan Tawaran Hantaran RM1 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






