Snap Membuang 10% Tenaga Kerja

TechnologyDigital
6 Feb 2024 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun 2024, pelbagai syarikat teknologi mula membuang pekerja bagi mengorganisasi semula syarikat serta mengukuhkan semula kewangan masing-masing. Google, Lazada, TikTok dan Microsoft sudah membuang pekerja mereka. Baru-baru ini Snap, iaitu syarikat di sebalik aplikasi Snapchat turut tidak terlepas.

image is not available

Menurut laporan Techcrunch, 10% pekerja Snap dibuang iaitu sekitar lebih 500 kakitangan. Snap menyatakan ini adalah untuk mengecilkan perbezaan kuasa di dalam syarikat (hierarki), sementara meningkatkan kolaborasi secara bersemuka antara kakitangan. Tidak pasti apakah perancangan Snap untuk Snapchat selepas ini. Usaha mereka dalam produk fizikal seringkali gagal. Mungkin media sosial dan perisian sahaja mereka patut pentingkan?

image is not available

Sejak kebelakangan ini, Snap turut mengemaskini Snapchat dengan membawakan ciri AI generatif serta chatbot untuk pengguna menikmati ciri AI baharu tanpa meninggalkan aplikasi. Snapchat kini mempunyai lebih 400 juta pengguna, adakah anda antara pengguna yang masih aktif?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved