Snapchat Kelak Akan Meletakkan Lebih Banyak Iklan Dalam Aplikasi

TechnologyDigital
4 Sep 2024 • 2:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Snapchat terbaru melaporkan rancangan pihak mereka untuk meletakkan iklan tajaan ke dalam kiriman mesej pengguna yang turut akan diperkenalkan dengan nama ‘Snapsored Snaps’. Ini bermakna tidak lama lagi pengguna akan melihat iklan yang akan dipaparkan bersama dalam mesej daripada rakan dalam bahagian ruangan sembang di aplikasi berkenaan. 

image is not available

Tindakan ini jelas menunjukkan strategi Snapchat untuk menambahkan sumber pendapatan semasanya. Meskipun begitu, format iklan secara terperinci dan spesifik masih belum didedahkan. Keadaan kewangan Snapchat ketika ini mungkin menjadi salah satu pendorong utama keputusan ini dibuat. Ini berikutan harga saham syarikat berkenaan yang dilaporkan kian merosot.

Walaupun Snapchat memiliki jumlah pengguna aktif bulanan lebih 850 juta, namun pendapatan dari iklan adalah masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pesaing mereka iaitu Facebook dan Instagram.

Pada hemat kami, di samping usaha untuk meningkatkan penjanaan pendapatan, pihak mereka juga harus tidak mengambil mudah soal keseimbangan diantara menjana pendapatan dan mengekalkan platform berkenaan sebagai platform yang mesra pengguna dan harus sentiasa mengutamakan pengalaman penggunaan terbaik untuk semua pengguna. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved