Imej kecil ataupun thumbnail adalah penting bagi menarik perhatian pengguna untuk menonton video di YouTube. Selama ini ia hanya diberikan kepada video panjang tetapi YouTube akan memberikannya kepada video Shorts juga dalam masa terdekat.

Menerusi penambahan ciri terbaru ini, pengguna boleh menambahkan teks, penuras video dan emoji pada imej kecil mengikut kreativiti pada gambar yang boleh dipilih menerusi video mereka sendiri. Ciri ini akan tersedia untuk semua pengguna Android dan juga iOS menjadikannya lebih mudah untuk diakses.
Pengenalan kepada ciri seumpama ini merupakan langkah positif daripada Youtube untuk menyokong pencipta kandungan dengan memberikan kawalan yang lebih banyak ke atas kandungan yang ingin dikongsikan. Ia diharap dapat menggalakkan pertumbuhan ekosistem Shorts dan meningkatkan kualiti kandungan yang terdapat di platform Youtube. Ciri ini seperti biasanya akan diberikan kepada semua pengguna secara berperingkat menerusi kemas kini terkini.
