Snapchat+ Kini Mempunyai 4 Juta Pelanggan – Ciri Eksklusif Turut Diumumkan

TechnologyDigital
30 Jun 2023 • 3:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Snapchat+ adalah perkhidmatan langganan Snapchat yang dilancarkan pada Jun 2022. Dengan langganan ini pengguna boleh mengakses ciri eksklusif seperti penjana imej AI, dan chatbot My AI. Baru-baru ini Snap mengumumkan setelah setahun Snapchat+ dilancarkan ia kini mempunyai lebih 4 juta pelanggan. Bersama-sama dengan kejayaan ini banyak ciri dan fungsi baharu eksklusif turut diumumkan khusus untuk pengguna berbayar.

image is not available

Aplikasi kini boleh dihias dengan pelbagai tema, ikon juga boleh ditukar, pengguna turut boleh sematkan seorang rakan paling baik di paling atas senarai perbualan, teks yang dihantar boleh diubah saiz seakan iMessage dan kelak setiap perbualan turut boleh mempunyai warna tersendiri seperti pada Facebook Messenger.

Dengan ciri ini adakah anda lebih tertarik untuk melanggan Snapchat+ yang berharga RM2.49 sebulan?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved