Vivo Y36 5G Bergaya, Muda Dan Berbaloi Dengan Ciri Yang Mengejutkan

Digital
25 Jun 2023 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Y36 5G juga boleh didapati dalam warna semporna hijau. - Gambar Vivo

Bergaya dan tampak muda! Itulah yang boleh digambarkan terhadap model terbaharu telefon pintar Vivo Y36 5G yang dilancarkan baru-baru ini. Melihat pada kelas atau kumpulan kategori model telefon ini, ia menampilkan ciri dan prestasi yang agak baik.

Ini kerana Y36 5G menggabungkan ketahanan dengan kemudahan kepada penggunaan demi memberikan pengalaman yang memuaskan hati dengan bajet yang agak rendah. Bajet rendah? Ya, model ini menawarkan harga bernilai RM1099 sahaja. Jadi mari baca spesifikasi yang ada pada model ini untuk tentukan adakah ia berbaloi atau tidak untuk dimiliki.

image is not available
Model ini bersaiz 164.3 x 76.1 x 8.3 mm dan berat secara keseluruhannya adalah 190g. - Gambar Vivo

Dengan paparan dotch FHD+, siri Y ini memiliki paparan yang lebih besar dan terang sebesar 6.64 inci dan storan yang sama pada kebanyakkan telepon pintar yang lain iaitu 8GB RAM + 8 GB atau 256GB. Selain itu, model ini bersaiz 164.3 x 76.1 x 8.3 mm dan berat secara keseluruhannya adalah 190g.

Fungsi ketahanan air dan habuk jenis IP54 turut dipraktikan pada skrin telefon bagi memastikan kepuasan yang sepenuhnya ketika berhibur atau menggunakan telefon ini.

Dari aspek baterinya pula, agak mengejutkan kerana kuasa bateri yang ada pada model ini sebesar 5000 mAh serta sistem pengecas segera type C memiliki kelajuan elektrik sebanyak 44W. Ini boleh dikatakan speksifikasi bateri yang amat berbaloi jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.

image is not available
Kuasa bateri yang ada pada model ini sebesar 5000 mAh serta sistem pengecas segera type C. - Gambar Vivo

Beralih kepada bahagian perisian, Y36 menggunakan cip 5G terkini dari cipset MediaTek Dimensity 6020. Sebagai pemprosesan octa-core 64-bit yang dibina menggunakan proses 7 nm, ia menjimatkan tenaga dan cipset ini mempunyai sepasang teras Cortex-A76 dengan kelajuan hingga 2.2 GHz. 

Jadi model ini mampu menyokong penggunaan data yang berat dan menjimatkan tenaga semasa melaksanakan banyak tugas secara serentak. Anda tidak perlu risau lagi untuk memuat turun atau menyimpan aplikasi, video, atau fail pada telefon. Apatah lagi jika anda memilih storan sebesar 256 GB, pasti puas hati!.

Kameranya pula boleh dikatakan berada pada tahap sederhana saja kerana lensa kamera belakangnya hanya 50 MP dan 2 MP untuk mod bokeh manakala kamera di bahagian depan pula mempunyai 16 MP, 50 MP dan 2 MP (mengikut tetapan lensa yang ditetapkan).

image is not available
Y36 5G boleh didapati dalam warna mystic hitam. - Gambar Vivo

Oleh itu, Y36 5G boleh didapati dalam warna semporna hijau dan mystic hitam dan penulis boleh merangkumkan model ini amat berbaloi dimiliki dengan harga yang sangat berpatutan bagi kelasnya tersendiri. - Getaran, 25 Jun 2023