Snapchat Memperkenalkan Tiga Lensa Video Baharu Yang Menggunakan Janaan AI

TechnologyDigital
13 Mar 2025 • 12:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara ciri unik pada platform media sosial Snapchat adalah penggunaan penuras mereka yang digelar sebagai Lensa Snap. Setiap lensa ini unik seperti ada yang jenis interaktif dan banyak lagi. Terbaru, Snap telah memperkenalkan lensa baharu yang dijana AI sepenuhnya dan ia mungkin adalah Lensa Snap generasi baharu yang akan digunakan ramai.

image is not available

Buat masa ini, lensa video AI hanya terhad kepada pelanggan Snapchat Platinum sahaja. Tiga lensa AI yang ditawarkan adalah  “Raccoon,” danFoxdi mana selepas merakam dan diproses haiwan-haiwan digital akan berkerumun ke keliling pengguna. Kemudian adalah lensa Spring Flowersyang mempunyai kesan zum keluar seakan ada orang memberikan pengguna sejambak bunga.

Berdasarkan apa yang Snapchat kongsi, ciri ini akan mengambil sedikit masa untuk diproses. Pengguna perlu rakam, pilih lensa, tunggu ia diproses dan kemudian selepas itu kandungan boleh diakses pada Memories. Barulah pengguna boleh kongsi ke Stories dan Spotlight kepada pengikut masing-masing. Buat masa ini Snap+ Platinum masih tiada di Malaysia.