Snapchat kini menghentikan saranaan video yang dijana sepenuhnya oleh AI dalam paparan Spotlight. Langkah ini bukan sekadar perubahan teknikal tetapi menunjukkan dasar baharu yang memberi kepentingan kandungan asli buatan manusia. Keputusan ini selaras dengan peningkatan 120% jumlah pencipta kandungan aktif berbanding tahun lalu yang menunjukkan semakin ramai individu memilih platform ini untuk berkarya.

Walaupun pengguna masih dibenarkan memuat naik video yang dijana oleh AI, kandungan tersebut tidak lagi akan dipaparkan melalui sistem saranan Spotlight. Sebaliknya, ia hanya dapat dilihat oleh pengikut. Pendekatan ini memperlihatkan usaha Snap menyesuaikan kebebasan menggunakan teknologi AI dengan keperluan melindungi ekosistem kreatif manusia. Spotlight kini berfungsi sebagai ruang yang mengutamakan karya asli dengan nilai utama pada suara kreatif individu dan penceritaan berasaskan pengalaman manusia bukannya video buatan mesin yang kurang nilai seni.
Sumber – Snapchat Newsroom


