Snapdragon 8 Elite Dengan Konfigurasi 7-Teras Diperkenalkan

TechnologyDigital
20 Jan 2025 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm baru-baru ini secara senyap menyenaraikan variasi cip Snapdragon 8 Elite baharu. Ia bukan versi dilewahjam atau versi mampu milik, sebaliknya adalah cip yang sama dengan 7-teras berbanding 8-teras dan tiada sebarang informasi peranti mana akan menggunakannya.

image is not available

Cip Snapdragon 8 Elite menggunakan konfigurasi 2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L + 6x 3.53 GHz Oryon V2 Phoenix M. Ia menggunakan CPU Oryon generasi kedua yang setaraf dengan CPU Oryon pada Snapdragon X Elite untuk peranti Windows yang menggunakan generasi pertama. Cip baharu ini menggunakan konfigurasi 2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L + 5x 3.53 GHz Oryon V2 Phoenix M dengan GPU Adreno 830 yang sama dan tiada perubahan lain pada spesifikasi.

image is not available

Cip ini menggunakan kod nama SM8750-3-AB dan mungkin akan digunakan untuk peranti mercu lebih mampu milik. Qualcomm turut dijangka akan memperkenalkan cip Snapdragon 8s Elite yang mempunyai kuasa lebih rendah berbanding Snapdragon 8 Gen 3. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut, peranti mana akan menggunakan cip baharu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved