Snapdragon 8 Gen 2 Mungkin Akan Dilancarkan Pada Bulan November Ini

TechnologyDigital
29 Jun 2022 • 2:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Qualcomm telah mula menggunakan nama baharu untuk cip-cip pemrposesan yang digunakan pada peranti mudah-alih. Snapdragon 8xx kini menjadi Snapdragon 8 Gen 1, Snapdragon 7xx pula menjadi Snapdragon 7 Gen 1 dan seterusnya dengan penggunaan nama Gen sebagai versi baharu.

Variasi “+” turut masih diteruskan dengan nama seperti Snapdragon 8+ Gen 1. Terkini GSMArena menemui yang Qualcomm mungkin akan melancarkan cip Snapdragon 8 Gen 2 pada bulan Novemebr akan datang.

image is not available

Maklumat ini diperoleh daripada laman web Qualcomm sendiri, yang menyatakan acara Snapdragon Summit akan berlangsung pada 14-17 November. Maklumat acara ini walau bagaimanapun telah dipadam dari laman web mereka, jadi tidak pasti sama ada adakah ia tidak sengaja atau tarikh yang belum pasti.

Sebelum ini kami melaporkan yang Xiaomi 13 mungkin akan dilancarkan pada November akan datang. Jadi mungkin benar Snapdragon 8 Gen 2 mungkin akan dilancarkan pada sekitar tarikh yang sama. Cip baharu ini dikhabarkan akan menggunakan konfigurasi 1+2+2+3 daripada CPU 1X Cortex X2, 2X Cortex-A720, 2X Cortex-A7210 dan 3X Cortex-A510. Ini dipadankan pula dengan GPU Adreno 740 dengan binaan 4nm.

image is not available

Kita masih belum merasa lagi peranti Snapdragon 8+ Gen 1 dan kini versi baharu sudah kedengaran. Jika tarikh ini adalah benar, Qualcomm nampaknya melancarkan cip mereka lebih awal berbanding sebelum ini yang kerap dilancarkan pada sekitar bulan Disember.