Snapdragon 8 Gen 3 akan dilancarkan ketika acara Snapdragon Summit bulan hadapan. Maklumat sebelum ini mengesahkan cip mercu Android 2024 ini akan menggunakan teknologi 3nm TSMC. Tetapi dokumen yang tertiris menerusi laman gamm0burst menunjukkan cip in akan turut ditawarkan dalam versi 4nm TSMC.

Teknologi 4nm digunakan pada Snapdragon 8 Gen 2 sekarang. Tiada maklumat mengapa ini dilakukan tetapi besar kemungkinan kerana kilang menghasilkan cip 3nm kini digunakan sepenuhnya untuk keperluan Apple. Cip A17 Pro dan siri Apple M3 kelak akan dihasilkan menggunakan teknologi 3nm TSMC.
Sejauh manakah kebenaran laporan ini akan diketahui dalam masa sebulan lagi. Tetapi bukan misteri TSMC memberikan layanan istimewa kepada Apple sekiranya menggunakan faundri mereka.
Persoalannya ialah adakah kelak Snapdragon 8 Gen 3 3nm ini akan dipasarkan sebagai Snapdragon 8+ Gen 3 manakala Snapdragon 8 gen 3 4nm pula akan dipasarkan sebagai Snapdragon 8 Gen 3 sahaja. Kami akan ke Snapdragon Summit bulan depan maka nantikan laporan kami kelak.
- Sumber
- Gamme0Burst
