Dokumen Microsoft Mengenai Xbox Yang Tertiris Semalam Disahkan Asli

TechnologyGamingDigital
20 Sep 2023 • 10:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam pelan Microsoft untuk melancarkan Xbox Series X tanpa pemacu cakera, konsol baharu 2028 dengan cip ARM serta hibrid dan alat kawalan dengan haptik dipertingkatkan telah tertiris ke arena web. Kesahihan lebih 100 dokumen yang disahkan tertiris kini disahkan sendiri oleh Microsoft. Ia adalah dokumen yang diserahkan Microsoft kepada mahkamah untuk kes menentang FTC.

image is not available

Dokumen dimuat naik ke storan awanan mengikut arahan yang diberikan oleh mahkamah. Pautan ke storan ini telah diakses oleh pihak ketiga menyebabkan pelan jangka panjang Microsoft serta beberapa permainan yang belum pernah diumumkan telah tertiris.

FTC menyalahkan Microsoft atas ketirisan maklumat ini. Sementara itu Phil Spencer yang merupakan ketua unit Xbox menyatakan kekesalan ini berlaku. Tambah Spencer lagi dokumen yang tertiris adalah sudah agak lama dengan pelan syarikat sudah berubah sejak dokumen dihasilkan.

Sungguhpun begitu adalah menarik melihat Microsoft ingin menghasilkan konsol dengan kemampuan hibrid awanan dan ciri meningkatkan resolusi serta kadar bingkai menggunakan AI seperti cip NVIDIA semasa. Sama ada ia menjadi realiti ataupun tidak hanya akan diketahui apabila Xbox generasi seterusnya dilancarkan sekitar 2028.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved