Snapdragon 8 Gen 5 For Galaxy Dilaporkan Menggunakan Teknologi 2nm Samsung

TechnologyDigital
13 Oct 2025 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dilancarkan bulan lalu di Hawaii dengan siri Xiaomi 17 menjadi yang pertama menggunakannya. Di acara Snapdragon Summit, wakil Samsung mengesahkan siri Galaxy S26 akan turut menggunakan cip ini dengan ia versi For Galaxy yang secara lazimnya lebih pantas berbanding versi biasa.

image is not available

Pagi ini Biznews Daily melaporkan Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy akan dikilangkan sendiri oleh Samsung Foundry menggunakan teknologi 2nm (SF2). Sekiranya laporan ini benar, ia akan menjadikan Snapdragon 8 Gen 5 for Galaxy cip kedua selepas Exynos 2600 yang menggunakan teknologi 2nm. Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 sekarang dihasilkan menggunakan teknologi 3nm TSMC.

Teknologi 2nm akan menjadikan pemproses lebih baik dalam penjimatan kuasa dan lebih penting bagi Samsung mengembalikan semula kepercayaan daripada Qualcomm untuk menggunakan faundri mereka. Isu dengan Snapdragon 8 Elite Gen 1 yang menggunakan teknologi Samsung menyebabkan Qualcomm berpindah ke TSMC.

Sekiranya sampel Snapdragon 8 Gen 5 for Galaxy memenuhi piawaian Qualcomm ia diharap akan membolehkan Samsung kembali mengeluarkan cip mercu untuk pelanggan lain yang kini semuanya menggunakan faundri TSMC.