Snapdragon Satellit akan hadir ke sejumlah peranti flagship tak lama lagi

Digital
28 Feb 2023 • 8:57 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Qualcomm di temasya MWC 2023 mengumumkan yang mereka sedang bekerjasama dengan Honor, Motorola, Nothing, OPPO, Vivo, dan Xiaomi untuk membangunkan telefon yang mendukung taknologi Snapdragon Satellite.

image is not available

Snapdragon Stallite adalah fungsi perhubungan dua hala menerusi sambungan satelit. Ia hampir sama seperti sevis yang sedang ditawarkan Apple iaitu isyarat SOS boleh dihantar walau dimana jua anda, namun ia berbeza daripada segi servis yang bakal hadir daripada Qualcomm adalah komunikasi biasa pun boleh dijalankan tanpa masalah.

image is not available

Ia sangat berguna untuk pengguna yang berada di kawasan terpencil, tiada cakupan isyarat telekomunikasi darat.

Qualcomm memaklumkan yang Snapdragon Satellite bakal boleh digunakan oleh semua SoC 5G sedia ada mereka dan kemas kini akan disalurkan kepada telefon seperti Oppo Find X5 Pro, Vivo X Note, siri Honor Magic5, dan siri Xiaomi 13 dalam masa terdekat. Dua telefon yang bakal hadir tak lama lagi dalam siri Motorla Edge dan Nothing Phone (2) juga akan menyokong Snapdragon satelit.

Seperti biasa, perkhidmatan ini tidak didatangkan percuma dan anda boleh jangkakan harganya yang mahal.

Sumber: Qualcomm, 2