Xiaomi, Oppo, Vivo, Nothing, Dan Honor Akan Tambah Sokongan Komunikasi Satelit Melalui Kerjasama Qualcomm

TechnologyDigital
27 Feb 2023 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada acara Mobile World Congress yang kini berlangsung di Barcelona, pihak Qualcomm hari ini mengumumkan perkembangan untuk teknologi Snapdragon Satellite yang dibangunkan mereka.

Melalui Snapdragon Satellite, ia menawarkan komunikasi dua hala melalui satelit pada telefon pintar, terutamanya dibawah keadaan atau situasi kecemasan. Teknologi ini sedia diperkenalkan sebelum ini, dan kini Qualcomm turut berkongsi rakan kerjasama yang akan mengintegrasikannya.

image is not available

Menurut Qualcomm, pelbagai pengeluar akan mula mengintegrasikan ciri komunikasi satelit pada telefon pintar mereka, melalui penggunaan teknologi dan modem keluaran Qualcomm.

Antara nama yang dinyatakan adalah Xiaomi, Oppo, Vivol, Motorola, Honor dan juga Nothing.

Buat masa ini, ia tidak dinyatakan bilakah peranti-peranti akan datang daripada pengeluar  ini akan diperkenalkan. Dengan pengumuman ini, semestinya kita akan dapat melihat perlumbaan dalam penawaran ciri telekomunikasi satelit pada telefon pintar masing-masing.

Sebelum ini, Huawei menjadi yang pertama memperkenalkan ciri berkenaan pada telefon pintar mereka, sebelum turut diperkenalkan pada Apple.