
Amat mudah mengambil gambar sekarang. Tekanlah picu kamera banyak kali dan gambar akan diambil selagi masih ada storan di dalam kamera digital atau telefon. Bagi golongan yang lebih tua, dahulu ianya terhad kepada 12, 24 dan 36 kerana ia bergantung kepada kapasiti segulung kamera. Kamera analog kini semakin pupus dan bagi yang ingin bernostalgia, OPT100 Neo Film ialah kamera digital dalam bentuk segulung kamera.

Ia dikeluarkan oleh firma Opt! dari Jepun dengan keseluruhan kamera dimasukkan ke dalam tubuh yang kelihatan seperti segulung filem 35mm. Sensor 1MP mengambil gambar pada resolusi 3760 × 2128 pixel dan video pada resolusi 0.3MP. Ia menyokong storan sehingga 32GB menerusi kad microSD butang kamera diletakkan pada bahagian sisi. Pemindahan dan pengecasan adalah menerusi port USB-C. Bateri 230 mAh yang disertakan memberikan penggunaan sehingga 1 jam.
Setiap OPT100 Neo Film dijual pada harga 5,940 Yen (~RM 140) dalam pilihan warna hitam‑kuning, putih‑jingga, dan multi‑warna.


