“So sweet” – Helah Lelaki Ini Acah ‘Injured’ Lepas Ceroboh Padang Berhasil, Berjaya Lamar Teman Wanita

Entertainment
24 Dec 2022 • 4:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila cinta mula berputik, pastinya kita menginginkan ianya berakhir dengan perkahwinan. Untuk golongan wanita, lamaran dari pasangan lelaki pastinya ditunggu-tunggu dan sangat bermakna untuk mereka.

Ada satu video lamaran seorang lelaki yang telah menceroboh padang bola sepak sebelum perlawanan dimulakan. Dalam video tersebut, lelaki itu telah berpura-pura tergelincir sehingga tercedera. Sebaik sahaja teman wanitanya sampai ke dalam padang, beliau terus berlutut dan mengeluarkan cincin. Korang boleh tengok video @klaudhajdari kat bawah ni.

Walaupun situasi lamaran itu tidak romantik jika dibandingkan latar belakang tempat yang indah atau di restoran yang romantik, teman wanita lelaki itu tetap menerima lamarannya.

Bukan setakat itu, rupanya lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan langsung dan sihat selepas lamaran itu berjaya dilaksanakan.

image is not available

Sebaik sahaja teman wanitanya menerima lamaran, penonton yang turut berada di stadium bersorak bagi meraikan detik indah itu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article