Bertadarus di wad pengisian di bulan Ramadan

3 May 2020 • 12:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ALOR SETAR - Program Wakaf Al-Quran yang dilaksanakan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas berjaya menghidupkan amalan bertadarus buat kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) serta pesakit yang mendapatkan rawatan di situ.

Wakil Rumah Ngaji negeri Kedah, Saloni Mustaffa berkata, ia berikutan HSB telah mewujudkan sudut al-Quran yang menjadi medium pengisian rohani untuk kakitangan dan pesakitnya.

Menurutnya, setelah penyerahan dibuat pada 15 April lalu, pihak HSB telah mengagihkan al-Quran berkenaan di beberapa lokasi umum termasuk wad dan pusat kuarantin.

"Alhamdulillah, di wad itu bukan sahaja doktor dan jururawat malah pesakit juga mengadakan tadarus sebagai pengisian waktu senggang mereka terutama di bulan Ramadan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau berharap semoga mukjizat al-Quran dapat membantu memberi semangat kepada pesakit mahupun petugas-petugas di HSB, lebih lebih lagi pada saat semua orang memerlukan pertolongan ALLAH SWT.

image is not available




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved