“Social Experiment Untuk Netizen Neraka Berjaya” – Michael Ang Jawab Isu Gambar Dalam Penjara

Entertainment
4 Nov 2022 • 11:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan tentang pelakon dan pengarah, Michael Ang yang dikecam hebat netizen selepas upload gambar dengan posisi ‘mengancam’ bersama seorang pelakon lelaki di Instagram.

image is not available

“Social experiment untuk netizen neraka berjaya!” – Michael Ang

Dalam satu perkongsian terbaru beliau di Instagram, Michael menjelaskan gambar yang dikongsikannya sebelum ini hanyalah satu eksperimen untuk melihat reaksi netizen.

Gambar yang dikongsikan kali ini turut menunjukkan sisi lain gambar sebelum ini di mana ada satu kayu diletakkan sebagai jarak antara mereka berdua.

image is not available

Jangan percaya tanpa tahu perkara sebenar

Michael turut menjelaskan eksperimen ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada netizen untuk tidak membuat andaian yang negatif terhadap seseorang sebelum mengetahui perkara sebenar.

Dalam pada itu, Michael turut mengakui ada netizen yang sampai dm secara peribadi dan meminta dia untuk keluar dari Islam hanya kerana berkongsi gambar sedemikian.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media