![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/sofea-shra-perkenal-kebaya-kepada-huda-kattan-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebenarnya, banyak orang tidak mengetahui budaya negara luar. Mana tidaknya, dunia ni kan luas. Dari sudut sejarah, tempat tumpuan, makanan popular, pakaian tradisional dan sebagainya. Begitu jugalah tanggapan orang luar kepada negara kita.
Oleh disebabkan itu jika ada peluang, rebut kesempatan itu dan perkenalkan Malaysia di mata dunia. Sebagai contoh, ramai sebenarnya yang sukakan pakaian tradisional negara kita seperti Baju Kurung, Sari, Cheongsam, Baju Melayu, Kebaya dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Harmoninya Malaysia” – Ramai Teruja Lihat Gabungan Lion Dance Dengan 2 Tarian Tradisi Sabah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Selendang Bahu Jadi Gaya Pilihan Ramai, Ini 4 Style Naikkan Seri OOTD Di Pagi Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Hidupkan Fesyen Tradisi” – Trend Pemakaian Selendang & Payung Nyonya Di Aidilfitri Dipuji Ramai
Sofea Shra Beri Set Kebaya Kepada Pengasas Huda Beauty Sebagai Cenderamata
Baru-baru ini, pempengaruh fesyen dan kecantikan, Sofea Shra mendapat perhatian ramai selepas dia tampil memperkenalkan pakaian tradisional Malaysia, Kebaya kepada pengasas jenama kecantikan terkemuka Huda Beauty, Huda Kattan.
Difahamkan, Sofea Shra pada ketika itu sedang menghadiri majlis pelancaran koleksi wangian terbaharu Huda Beauty, Easy Bake Intense Eau de Parfum di London, United Kingdom (UK).
Jelas Sofea, lebih 400 pempengaruh dan content creator seluruh dunia turut hadir pada acara tersebut dan dia merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang mendapat jemputan ekslusif itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Seram Tapi Menjadi!” – Telatah Influencer Makeup Ala Labubu Bikin Ramai Geli Hati
Lebih membuatkannya teruja adalah, Sofea merupakan antara 20 individu yang terpilih untuk menyertai sesi temu ramah selama 10 minit bersama pengasas jenama berkenaan.
Semasa sesi itu berlangsung, Sofea sempat memberikan sepasang busana Kebaya bersama selendang bahu kepada Huda. Meskipun dalam keadaan terburu-buru, namun Huda tetap mahu mencuba Kebaya yang disifatkannya elegan.
Menerusi video tersebut, kelihatan Sofea sedang membantu Huda untuk memakai pakaian itu memandangkan ia adalah kali pertama dia menyarungnya.
View on Threads
“Wanita Malaysia Nampak Mahal” – Huda Kattan
Dalam masa sama, Huda turut memuji wanita-wanita Malaysia yang pernah dilihatnya sebelum ini. Jelasnya, para wanita di Malaysia kelihatan mewah seperti kerabat diraja.
“Saya rasa wanita Malaysia nampak mahal (pakai Kebaya). Tak ke diorang nampak mewah? Saya selalu tengok video wanita Malaysia, dan diorang kelihatan sangat elegan dan seperti kerabat diraja,” kata Huda.
Huda Teruja Sofea Sudi Kongsi Pakaian Tradisional Di Malaysia
Jelas Sofea kepadanya, Kebaya merupakan pakaian tradisi yang selalu dipakai oleh wanita semasa perayaan Aidilfitri.
Dalam perkongsian sama, Huda dilihat tidak berhenti memuji baju Kebaya cantik yang diterima olehnya. Sama seperti penampilan ikonik Sofea, dia juga memakaikan Huda sehelai selendang floral yang dibawanya ke sana.
“Sangat cantik. Terima kasih sebab kongsi budaya awak (Malaysia) dengan kami,” tambah usahawan kecantikan tersebut.
@sfeashraa still can’t believe it happened, thank you @Huda Beauty for this amazing lifetime experience 🥹 #hudabeauty ♬ original sound – SpedUpSongs3
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Lihat Perkahwinan Campur, Siap Pakai Baju Tradisional Kaum Masing-Masing [Video]
Baca Artikel Berkaitan: 7 Jenama Fesyen Tempatan Ini Cipta Pakaian Dengan Ciri Tradisional & Moden
Ramai Puji Sofea Bawa Kebaya Ke Peringkat Antarabangsa
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji Sofea kerana mengambil peluang itu untuk memperkenalkan pakaian tradisi wanita di Malaysia.
“Dia bawa Kebaya kepada next level korang. Nak nangis, sangat bangga dengan awak,” kata seorang wanita.
“Terima kasih sebab promosikan budaya kita ke Miss Huda! Memang tak boleh dinafikan, momen membanggakan buat rakyat Malaysia,” tambah seorang lagi warganet.
Malah ada juga yang berkata bahawa Sofea memainkan peranannya dengan bagus sebagai seorang pempengaruh.
“Terima kasih bawa dan perkenal budaya asli dari sini. Itulah apa yang influencer sepatutnya buat,” ujar seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengasas-huda-beauty-pakai-kebaya-637x1024.jpeg)
![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengasas-huda-beauty-pakai-kebaya-2-752x1024.jpeg)
![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengasas-huda-beauty-pakai-kebaya-3-672x1024.jpeg)
![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengasas-huda-beauty-pakai-kebaya-4-759x1024.jpeg)
![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengasas-huda-beauty-pakai-kebaya-5-654x1024.jpeg)
![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengasas-huda-beauty-pakai-kebaya-6-725x1024.jpeg)
![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pengasas-huda-beauty-pakai-kebaya-7-672x1024.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: “Style!” – Keluarga Pengantin Mat Saleh Lengkap Pakai Baju Melayu & Kurung Curi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Boleh Jadi Malaysian”- Pelancong Makan Siput Sedut & Aneka Lauk Buat Ramai Teruja [Video]

![Image from: Sofea Shra Dipuji, Bawa Kebaya Malaysia Ke London Sebagai Hadiah Buat Pengasas Huda Beauty [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/sofea-shra-huda-kattan-819x1024.jpg)
