SoftBank Batalkan Perancangan Untuk Kerjasama Dengan Intel Dalam Pembangunan Cip AI

TechnologyDigital
15 Aug 2024 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SoftBank kini dilaporkan telah membatalkan perancangan untuk bekerjasama dengan pihak Intel dalam pembangunan cip-cip memfokuskan kecerdasan buatan, sekaligus menyaingi penawaran NVIDIA. Ia dikatakan SoftBank membatalkan perancangan berkenaan selepas Intel sukar untuk mencapai pelbagai syarat dan keperluan yang ditetapkan pihak SoftBank.

SoftBank yang sedia mempunyai pegangan pada ARM, menyalahkan Intel, menyatakan Intel gagal untuk mencapai tahap kelajuan dan keupayaan pengeluaran untuk cip berkenaan. Intel sendiri kebelakangan ini dilihat menghadapi beberapa cabaran, termasuk telah mula menjual pegangan pada Arm dalam mengumpulkan dana kewangan untuk syarikat tersebut, selain membuang sejumlah pekerja pada syarikat tersebut.

SoftBank kini dilaporkan sedang berbincang bersama TSMC dalam pembangunan cip untuk arena kecerdasan buatan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved