Sokong Anwar rawat, martabatkan kembali TH, henti bermain poltik – Penganalisis

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 4:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sokong Anwar rawat, martabatkan kembali TH, henti bermain poltik – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Semua pihak hendaklah menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperbaiki semula imej, operasi pentadbiran dan memartabatkan semula Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai lambang kekuatan ekonomi Melayu-Islam, setelah kedudukannya sering dikaitkan dengan kepentingan ummah dan integriti pengurusan kewangan negara.

Dalam masa sama, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, pihak-pihak yang berkepentingan juga hendaklah berhenti mempolitikkan isu TH bagi mendapat perhatian dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak membina untuk membantu kerajaan menyelesaikan kemelut tersebut.

“Tanpa mengira mana-mana parti politik, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti siapa pelaku salah guna kuasa dalam TH sekarang dan sebelum ini bagi mencari keadilan kepada jutaan pendeposit TH.

“Dengan berbuat demikian, kerajaan telah memberikan satu teguran kepada barisan kepimpinan TH di masa ini dan yang akan datang agar tidak menggunakan institusi tersebut untuk kepentingan peribadi dan usaha tersebut akan menakutkan penyakau untuk merompak harta negara,” jelasnya hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UMNO secara keseluruhan, melainkan hanya melibatkan individu tertentu yang didakwa membuat keputusan salah.

Hamzah berkata, sebarang isu atau salah guna kuasa yang berbangkit daripada laporan berkenaan tidak sepatutnya digunakan untuk mempolitikkan atau menjejaskan imej parti tersebut.

Mengulas lanjut, Misrinah berkata, apa yang sedang berlaku akan menyebabkan umat Islam di negara ini lebih yakin untuk membuat simpanan mereka dalam TH kerana pihak pengurusan TH sentiasa menguruskan institusi tersebut mengikut tatakelola baik. – UTUSAN

The post Sokong Anwar rawat, martabatkan kembali TH, henti bermain poltik – Penganalisis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved