Sokong Anwar rawat, martabatkan kembali TH, berhenti main politik – Penganalisis

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sokong Anwar rawat, martabatkan kembali TH, berhenti main politik – Penganalisis
Tegas Misrinah, pihak-pihak yang berkepentingan juga hendaklah berhenti mempolitikkan isu TH bagi mendapat perhatian dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak membina untuk membantu kerajaan menyelesaikan kemelut tersebut.

KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperbaiki semula imej, operasi pentadbiran dan memartabatkan semula Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai lambang kekuatan ekonomi Melayu-Islam.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban menjelaskan, tindakan itu perlu setelah kedudukannya sering dikaitkan dengan kepentingan ummah dan integriti pengurusan kewangan negara.

Tegasnya, pihak-pihak yang berkepentingan juga hendaklah berhenti mempolitikkan isu TH bagi mendapat perhatian dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak membina untuk membantu kerajaan menyelesaikan kemelut tersebut.

"Tanpa mengira mana-mana parti politik, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti siapa pelaku salah guna kuasa dalam TH sekarang dan sebelum ini bagi mencari keadilan kepada jutaan pendeposit TH.

"Dengan berbuat demikian, kerajaan telah memberikan satu teguran kepada barisan kepimpinan TH di masa ini dan yang akan datang agar tidak menggunakan institusi tersebut untuk kepentingan peribadi dan usaha tersebut akan menakutkan penyakau untuk merompak harta negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha

Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan

Sebelum ini, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UMNO secara keseluruhan, melainkan hanya melibatkan individu tertentu yang didakwa membuat keputusan salah.

Ketua Pembangkang itu menjelaskan, sebarang isu atau salah guna kuasa yang berbangkit daripada laporan berkenaan tidak sepatutnya digunakan untuk mempolitikkan atau menjejaskan imej parti tersebut.

Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, Lembaga TH kini berada pada kedudukan jauh lebih kukuh selepas melalui proses pemulihan institusi.

Beliau berkata, ketika Kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran negara pada penghujung 2022, TH sedang dalam proses menangani aset-aset legasi yang kurang berdaya saing dan bermasalah yang masih kekal di institusi itu selepas 2018.

Dalam pada itu ujar Misrinah, apa yang sedang berlaku akan menyebabkan umat Islam di negara ini lebih yakin untuk membuat simpanan mereka dalam TH kerana pihak pengurusan TH sentiasa menguruskan institusi tersebut mengikut tatakelola baik. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved