Sokong calon muda wakili GPS

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 8:27 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sokong calon muda wakili GPS

PETALING JAYA: Sokongan jitu akan sentiasa diberikan khusus­nya kepada calon muda yang bakal diangkat oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan parti tunjang Gabu­ngan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Pemuda PBB Sarawak, Lukanisman Awang Sauni berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, PBB memberi peluang kepada dua muka baharu dan seorang muka baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022.

Ia sekali gus katanya, meletakkan jumlah kepemimpinan pemuda seramai empat orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala dua lagi di Parlimen.

Beliau berkata, kekuatan Pergerakan Pemuda PBB tidak seharusnya hanya diukur melalui jumlah kerusi yang dimiliki tetapi juga melalui kemampuan menterjemahkan mandat rakyat kepada perubahan yang dapat dirasakan dalam kehidupan seharian.

“Saya turut menyokong kese­mua calon pemuda yang bakal diketengahkan oleh parti komponen GPS dan solidariti pemuda PBB kepada rakan komponen akan diterjemahkan melalui sokongan jentera di peringkat akar umbi.

“Sekiranya PBB memberikan ruang kepada muka baharu kepada pemuda, kesiapsiagaan pemuda pada ketika ini adalah di tahap optimum,” katanya kepada Utusan Malaysia.

DUN Sarawak dibubarkan secara rasmi semalam sekali gus memberi laluan kepada PRN13.

Semasa PRN Sarawak kali ke-12 pada 2021, GPS yang terdiri daripada PBB menang 47 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)(12 kerusi), Parti Rakyat Sarawak (PRS)(11 kerusi) dan Parti Demokratik Progresif (PDP)(enam kerusi).

Berhubung jumlah kerusi yang bakal ditandingi PBB, Lukanisman berkata, sebarang keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan rasmi kepimpinan tertinggi GPS.

“Kami menghormati proses tersebut dan tidak berhasrat mendahului sebarang pengumuman rasmi,” katanya.

Ahli Parlimen Sibuti itu berkata, menjelang PRN13, rakyat Sarawak wajar diberikan ruang untuk menilai setiap parti dan calon secara matang berdasarkan rekod pencapaian, dasar yang dikemukakan dan komitmen terhadap kepentingan negeri.

Beliau berkata, kepercayaan rakyat bukan sesuatu yang boleh dianggap kekal tanpa usaha, sebaliknya perlu terus dibina melalui prestasi, integriti dan keupayaan memenuhi aspirasi masyarakat.

“Masa depan Sarawak adalah tanggungjawab bersama. Pemuda PBB akan terus memberikan perhatian kepada pembangunan ge­nerasi pelapis dan penyer­ta­an anak muda dalam proses de­mokrasi serta pembangunan negeri.

“Kepercayaan rakyat adalah amanah, bukan hak mutlak. Ia mesti dihormati, dipelihara dan dibuktikan melalui tindakan. Dalam politik, sejarah memberikan kita asas, prestasi membina keyakinan, manakala visi menentukan masa depan.

“Saya yakin GPS mempunyai resipi terbaik dari segi dasar dan polisi yang bakal memberi jalan terbaik kepada masa depan rakyat Sarawak,” katanya. – UTUSAN

The post Sokong calon muda wakili GPS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved