PRN Sarawak: GPS tampil muka baharu, calon berpengalaman

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 5:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Sarawak: GPS tampil muka baharu, calon berpengalaman

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengetengahkan muka baharu di samping calon berwibawa dan berpengalaman bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pengerusi GPS itu berkata, senarai calon gabungan berkenaan akan dimuktamadkan menerusi mesyuarat khas sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

Abang Johari berkata, terdapat wakil rakyat yang memilih untuk tidak meneruskan khidmat mereka pada penggal akan datang.

“Apa yang saya boleh ceritakan di sini ialah ia akan menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu.

“Sudah tentu ada muka baharu, (ada penyandang) bukan digugurkan (tetapi) mengundur diri,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Dewan Perdana, Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini.

Pada sidang media itu, Abang Johari mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada PRN ke-13.

Pembubaran itu selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

GPS dianggotai empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP.

Pada PRN Sarawak 18 Disember 2021, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. – Bernama

The post PRN Sarawak: GPS tampil muka baharu, calon berpengalaman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved