Sokong Impian Anak Perempuan Nak Jadi ‘Baker’, Aeril Zafrel & Wawa Hadiahkan ‘Chiller’ - “Dia Memang Minat…”

19 May 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Video pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah ‘chiller’ kepada anak perempuannya iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menarik perhatian.

Sokong minat anak

Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, pemberian hadiah itu sebagai sokongan dia terhadap minat anaknya dalam bidang kulinari.

 

“Gembira anak ayah dapat chiller. Dia memang minat bakery. Sebagai ayah, ayah akan buat apa sahaja untuk sokong minat anak ayah.

 

“Ayah doakan Hayla menjadi baker yang berjaya suatu hari nanti,” kongsinya menerusi laman sosial miliknya.

 

Haura yang bersyukur dengan pemberian itu turut meluahkan rasa gembira kerana ibu bapanya merealisasikan impian kecilnya.

Difahamkan, Haura giat berniaga kek batik mengikut jejak langkah Aeril dan Wawa menceburi bidang usahawan.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila melihat ibu bapa dengan positif menyokong minat anak-anak mereka.

@aerilzafrel8

Happy anak ayah dapat chiller harini. Dia memang minat bakery. Sebagai ayah , ayah akan buat apa sahaja untuk support minat anak ayah. Ayah doakan hayla menjadi baker yg berjaya suatu hari nanti

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

View Original Article